Wednesday, September 22, 2010

Malaysia pada tahun ke-53 kemerdekaannya





Tema Hari Kemerdekaan pada tahun ini ialah “1 Malaysia, Menjana Transformasi“. Hari kemerdekaan kali ni jatuh pada bulan Ramadhan, bulan yang penuh dengan keberkatan.

Seperti biasa, setiap kali sambutan hari kemerdekaan Malaysia, terdapat pelbagai aktiviti dan program yang dibuat untuk meraikan hari yang penuh gemilang ini. Pembukaan bagi Sambutan Hari Kemerdekaan yang ke-53 ini ialah pada 1 Ogos 2010 yang lalu di mana telah berlangsungnya Majlis Pelancaran Kibar Jalur Gemilang yang diadakan di Stadium Utama, Kangar, Perlis.

Selain itu, terdapat juga aktiviti-aktiviti sampingan yang dianjurkan oleh pelbagai pihak sepanjang berlalunya bulan kemerdekaan ini. Antaranya ialah :

Pameran Kemerdekaan "Wira Yang Tidak Dicanang"
Tarikh: 17 Ogos 2010 – 17 September 2010
Tempat: Muzium Negara
Masa: 9.00 pagi – 6.00 petang
Agensi Pelaksana : Jabatan Muzium Malaysia

 Peraduan Merekacipta Kad Hari Kemerdekaan
 Peraduan Mencipta Pantun Kemerdekaan
 Peraduan Mencipta Slogan atau Nama Baru Muzium Penyiaran
Tarikh: 23 Ogos 2010 hingga 23 September 2010

Majlis Berbuka Puasa Muhibah 1Malaysia
Tarikh: 30 Ogos 2010
Masa: 6.15 petang – 10.00 malam
Tempat: Masjid Wilayah Persekutuan
Agensi Pelaksana: Jabatan Arkib Negara

Majlis Berbuka Puasa dan Tahlil Merdeka 
bersama Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak anjuran KPKK
Tarikh: 31 Ogos 2010
Masa: 6.00 petang
Tempat: Masjid Putra, Putrajaya

Acara Perbarisan dan Perarakan
Tarikh: 31 Ogos 2010
Masa: 7.00 pagi- 9.30 pagi
Tempat: Stadium Putra, Bukit Jalil, Kuala Lumpur

No comments: