Thursday, September 23, 2010

Merdeka di Kolej Matrikulasi Selangor

2010 merupakan tahun pertama KMS menyambut Hari Kemerdekaan dan sempena itu, KMS telah menganjurkan pelbagai acara untuk disertai oleh warganya. Sambutan yang menggalakkan oleh semua pelajar menunjukkan bahawa tahap cinta dan sayang para pelajar pada KMS adalah sangat tinggi walaupun baru menjadi pelajar KMS selama lebih kurang 4 bulan.

Antara aktiviti-aktiviti yang telah diadakan sempena hari kemerdekaan adalah :

Pertandingan koir antara blok-blok
Pertandingan membuat blog kemerdekaan
Countdown Merdeka pada 31 Ogos 2010

Pertandingan koir antara blok-blok disertai oleh blok Vega, Polaris, Mira, Conapus dan Capella.
Tahniah kepada Polaris kerana berjaya menjadi johan, sekaligus menewaskan blok-blok lain. Tidak kurang hebatnya, Vega yang telah menempah tempat ke-2, diikuti Capella, Mira dan Conapus.

Kumpulan dari Blok Vega

Kumpulan dari Blok Canopus

Pengumuman mengenai pertandingan membuat blog kemerdekaan telah diumumkan dan pertandingan ini telah menarik minat ramai orang terutama sekali pembuat-pembuat blog KMS yang berkemahiran.

30 Ogos merupakan tarikh yang amat bermakna kerana seluruh warga KMS telah berkumpul beramai-ramai dan telah menyertai acara berbuka puasa bersama-sama memandangakan tahun ini Hari Kemerdekaan jatuh pada bulan Ramadan. Selesai majlis berbuka puasa tersebut, acara Countdown Merdeka telah diadakan tepat pada pukul 12 malam, 31 Ogos 2010 di Surau As-Sufi. Acara kemudian diserikan lagi dengan Percikan Bunga Api setelah semua warga KMS berkumpul di luar Surau As-Sufi.

Warga KMS yang hadir ke acara berbuka puasa

No comments: